Proton buka kilang pemasangan di Pakistan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kilang pemasangan tempatan (CKD) milik Proton Holdings Bhd. (Proton) telah dibuka secara rasmi di Karachi, Pakistan, 18 Oktober 2021.

Kilang moden terletak di Karachi itu diusahakan menerusi rakan kerjasama domestik, Al-Haj Automotive Pvt. Ltd. dengan nilai pelaburan awal sebanyak AS$30 juta (kira-kira RM125 juta).

Kilang pemasangan kereta itu dirasmikan Presiden Pakistan, Dr. Arif-ur-Rehman Alvi dan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj, Hilal Khan Afridi dan Konsul Jeneral Malaysia di Karachi, Khairul Nazran.

Uniknya, bekas pengarah produksi dan kualiti Proton Malaysia, Aris Anuar dilantik syarikat berkenaan sebagai Ketua Pengarah Pembuatan di kilang terletak di zon dikenali Greenfield.

Proton menerusi kenyataan ringkas dalam laman sesawang rasminya pula berkata, kilang itu mampu mengeluarkan 25,000 unit kereta setahun dan menyediakan 2,000 peluang kerja.

Malah, dalam jangka masa panjang apabila ia beroperasi dengan sepenuhnya, sebanyak 20,000 lagi pekerjaan secara tidak langsung dapat diwujudkan di negara Asia Selatan itu.

Media Pakistan melaporkan, model CKD pertama dikeluarkan dari barisan produksi tersebut ialah model Saga dan diikuti kenderaan utiliti sukan popular segmen C iaitu X-70.

Perjanjian bagi pembinaan kilang automotif itu dimeterai antara Al-Haj dan Proton pada 2019 dan sepatutnya memulakan pengeluaran tahun lalu namun tergendala ekoran isu Covid-19.

Sebelum ini, terdapat sejumlah 30 buah kilang pemasangan CKD di seluruh Pakistan sejak dibuka oleh kerajaannya pada 1994 lalu dengan pengeluaran hampir 300,000 unit setahun.

Proton mula mengeksport produk ke luar negara sejak 1986 dan pernah dijual lebih 70 negara, namun kini cuma enam negara iaitu Thailand, Syria, Mesir, Chile, Indonesia dan Pakistan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat