Undi PN di Mahkota, rakyat tak dapat apa-apa – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KLUANG – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hanya akan menanggung rugi sekiranya memilih calon Perikatan Nasional (PN) sebagai Adun memandangkan Kerajaan Johor dan Persekutuan diperintah oleh Kerajaan Perpaduan yang dinaungi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan, sekiranya wakil rakyat daripada parti kerajaan dipilih sudah semestinya bantuan dan permohonan rakyat dapat dipenuhi memandangkan kerajaan mempunyai kuasa kewangan dan kebenaran melulus.

Hal demikian, Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, sekiranya pengundi Mahkota memberi mandat kepada calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah maka ia memudahkan kerajaan negeri dan Pusat untuk membangunkan kawasan itu.

“Pangkahlah calon parti BN. Boleh sokong calon nombor satu (Syed Hussien) supaya tempat ini (Mahkota) lagi maju.

“Supaya tempat ini tidak terganggu, supaya permohonan rakyat boleh sampai terus kepada pegawai daerah, kepada Exco kepada Adun terus kepada YB kita supaya permohonan beliau diluluskan.

“Ini membuktikan kerajaan mempunyai kuasa, mempunyai kewangan, kerajaan mempunyai jabatan dan kerajaan mempunyai segala kekuatan untuk membangunkan tempat kita ini. Apa ada pembangkang boleh buat? 1 sen pun mereka tak boleh buat apa.

“Mereka hanya boleh bercakap tapi tak dapat beri kelulusan. Berbeza dengan kita, kalau saya cakap lulus, maka luluslah,” katanya ketika berucap di ceramah kelompok Perpaduan, malam tadi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN yang diwakili Syed Hussien Syed Abdullah manakala PN meletakkan Coach Haizan Jaafar sebagai calon.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat