Tak mustahil bakal-bakal PM jadikan Peguam Negara perisai – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa tidak mustahil untuk Perdana Menteri akan datang mengikut acuan sama dengan menjadikan Peguam Negara sebagai perisai utama.

Kata Ahli Parlimen Muar itu, alasan precedent (kes terdahulu) akan digunakan untuk menggugurkan kes rasuah.

“Precedent (kes terdahulu) yang jelas.

“Selepas ini apabila kes rasuah digugurkan satu per satu, Peguam Negara lantikan Perdana Menteri akan dijadikan perisai utama,” katanya di aplikasi X, semalam.

Syed Saddiq menyatakan,kebimbangan beliau ialah kerajaan masa depan akan menggunakan duluan (precedent) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kalau dia (Anwar) boleh, bakal-bakal Perdana Menteri pun boleh.

“Masa akan menentukan,” ujarnya.

Semalam di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan beberapa contoh kes mahkamah yang diberikan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) sebagai penjelasan bahawa DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamudi bukan keputusan ganjil.

“Ini bukanlah kali pertama suatu pertuduhan itu diberhentikan selepas kes prima facie dibuktikan. Terdapat duluan (precedent) sebelum ini apabila kes pihak pendakwaan telah diberhentikan setelah kes prima facie berjaya dibuktikan ke atas tertuduh dan tertuduh diperintah membela diri di Mahkamah antaranya kes Pendakwa Raya lawan Sit Aisyah dan Doan Thi Huong (kes pembunuhan Kim Jong Nam).

“Di dalam kes tersebut, tertuduh bernama Siti Aisyah telah diberikan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2019 setelah permohonan memberhentikan kes ke atas beliau dibuat oleh pihak pendakwaan.

“Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan untuk menggugurkan pertuduhan di bawah Perkara 145, yakni ia adalah budi bicara mutlak Peguam Negara,” jelas Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat