Kerajaan akan peruntuk dana untuk naikkan gaji sektor swasta secara berkala – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan Dasar Gaji Progresif yang akan memperuntukkan sejumlah dana kerajaan setiap tahun untuk mewujudkan ekosistem penggajian sektor swasta.

Suntikan peruntukan ini bertujuan menaikkan gaji rakyat secara berkala,kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Tumpuan kerajaan untuk selain daripada mencapai status negara berpendapatan tinggi ialah kita juga nak memastikan gaji rakyat juga tinggi dan setaraf dan sepadan dengan status itu.

“Sebab itu kerajaan telah meluluskan Dasar Gaji Progresif yang akan memperuntukkan sejumlah dana kerajaan setiap tahun untuk mewujudkan ekosistem penggajian sektor swasta untuk menaikkan gaji rakyat secara berkala,” jelas Rafizi di Dewan Rakyat, semalam.

Jelas beliau, Kertas Putih mengenai Dasar Gaji Progresif ini Insya-Allah akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang yang boleh diperhalusi oleh anngota dewan sekalian.

Sebelum ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Dasar Gaji Progresif yang sedang dibangunkan negara ini tidak mengikut struktur negara lain, sebaliknya dihasilkan berdasarkan acuan Malaysia mengikut komponen Ekonomi MADANI.

Kata beliau, dasar yang digagaskan Kementerian Ekonomi itu bukan sahaja dapat meningkatkan gaji pekerja, malah memacu peningkatan sumbangan pendapatan pekerja kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang ketika ini berkisar kepada 32.4 peratus sahaja.

“Semua berperanan menghasilkan dasar yang komprehensif merangkumi pihak industri dan penggubal dasar termasuk pakar akademik serta penyelidik. Pembabitan semua pihak sedang dilaksanakan oleh kerajaan dengan harapan, dasar ini dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh.

“Kertas dasar telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada sesi berikutnya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat