ATM Sedia Bantu KPM, KKM Laksana Program Vaksinasi Di Sekolah – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) laksana Program Vaksinasi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Jelas beliau, ATM akan mengaturgerakkan Tim Suntikan Bergerak Perkhidmatan Kesihatan ATM sekiranya diperlukan.

Hishammuddin berkata demikian selepas melawat tempat suntikan Program Vaksinasi ‘Back To School’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, sebentar tadi.

Turut sama, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin serta Pegawai-Pegawai Kanan ATM.

Sementara itu, seramai 255 orang PelaJar Tingkatan 4 dan 5 SMK Desa Tun Hussein, Kem Kementah menerima suntikan vaksin hari ini.

Ujarnya lagi, Program Vaksinasi Remaja bagi pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) akan dilaksanakan pasa minggu kelima bulan September.

Ketika di SMK Desa Tun Hussein Onn, Hishammuddin sempat membantu untuk mengambil seorang pelajar sebelum disuntik vaksin.

“Tolong adik ni ambil gambar dia suntik vaskin tadi – harap okeylah hasilnya,

“Tahniah kepada pelajar yang dah dapat suntikan vaksin.” ujar Hishammuddin.

Terdahulu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja berumur 12-17 tahun bermula hari ini.

PICK Remaja adalah program vaksinasi untuk kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.-SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat