Stor Fail HKL Terbakar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang akibat stor menyimpan fail di tingkat empat Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar malam tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II, Hamzah Mohd Isa, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.07 malam dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, serta pasukan forensik dengan kekuatan lapan anggota.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan stor yang menyimpan fail berkeluasan 8×12 kaki persegi.

“Kemusnahan dianggarkan 10 peratus namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Memetik laporan Bernama di lokasi kejadian, didapati beberapa pesakit dipindahkan ke kawasan lapang bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Sehingga jam 1.10 pagi ini, pesakit sudah kembali ke wad masing-masing, selepas pasukan bomba dan penyelamat selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Semalam, beberapa hantaran foto dan video kejadian terbabit tular di laman sosial.

Menerusi hantaran itu, kelihatan sebilangan pesakit terpaksa dipindahkan ke ruang tingkat bawah bangunan hospital, manakala terdapat juga pesakit menunggu di kawasan parkir hospital itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat