Sokongan Rakyat Terhadap Calon BN Semakin Meningkat Kata Bung

- Advertisement -

Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan rakyat sudah mengetahui kegagalan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam menjaga ekonomi negeri.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Negara, sabah menjadi negeri paling corot antara semua negeri di Malaysia selama dua tahun berturut-turut.

“Rakyat sudah tau bagaimana Warisan mengurus ekonomi dan janji tidak ditunaikan. Dengan adanya calon muka baru dari BN, saya beri peluang mereka untuk berkerja keras (memberi khidmat) terhadap orang kampung di masa yang sama lebih faham akan sistem parti”

“Saya melihat bahawa sokongan rakyat terhadap calon BN setiap hari semakin meningkat. Namun pilihanraya belum selesai jangan anggap kita menang sehingga 26 haribulan” katanya sebentar tadi.

Pada majlis ramah mesra di Pulau Bum Bum dalam siri kempen bagi kerusi N.64 Sulabayan hari ini, Bung turut meminta agar masyarakat di kawasan itu memberi kemenangan buat calon BN iaitu Abdul Manan Indahan.

“Kita diminta memilih wakil rakyat. Selaku Ketua UMNO Sabah banyak yang boleh bertanding di sini. Akhirnya saudara Manan kita pilih mewakili parlimen Semporna untuk DUN Sulabayan”

“Peluang ada ini jika pengundi Sulabayan tidak ambil peluang. Nanti saya cerita kegagalan Warisan memerintah. Kalau mahu melihat calon BN saudara Manan menjadi wakil kepada saudara maka undilah BN pada 26 haribulan nanti” katanya lagi.

Bung turut menegaskan rakyat tertipu dengan janji manis Warisan di dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Dulu BN memerintah tetapi atas Sebab Sabah ubah akhirnya rakyat terpengaruh janji manis. Tapi janji tinggal janji kosong.

“Saya pecaya dan yakin saudara manan dapat mengangkat nasib rakyat dia masih Muda. Kalau tidak sokong dia rugi la kita.

“Kemenangan di Sulabayan ini memberi tambahan satu kerusi utk BN memerintah negeri Sabah., Insyallah” ujarnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat