KUALA LUMPUR – Sememangnya kemenangan cemerlang BN di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan memperlihatkan kekuatan Jentera BN secara keseluruhan.
Tetapi BN tidak sama sekali berasa angkuh dan mengenepikan segala kelemahan serta kekurangan yang ada.
Malah kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, BN perlu sentiasa memperbaiki dari semasa ke semasa dalam menghadapi baik PRN mahupun PRU yang menjelang tiba tidak lama dari sekarang.
“Menghadiri BN Forum siri ke-11 yang bertajuk ‘Pasca PRN Johor dan Negeri Sembilan: Dinamika Baharu Politik Malaysia? ‘ untuk mendengar pelbagai input yang disampaikan oleh 4 orang panel undangan.
“Sepertimama yang ditekankan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucaptamanya, pengundi kini lebih dinamik dan matang dalam proses mengundi, maka BN juga perlu bergerak lebih dinamik dalam mengatur langkah, jajaran dan strategi yang terbaik di medan perang pilihan raya nanti.
“Apa yang paling penting ialah BN merupakan sebuah parti yang sentiasa memastikan kestabilan negara dan kepentingan rakyat didahulukan dalam apa jua situasi dinamika politik agar gelombang biru ini memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Ka Siong.


