Anwar sahkan sudah lama terima nota bantahan Umno terkait Tengku Zafrul masuk PKR

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sudah menerima nota bantahan daripada Umno berhubung kemasukan bekas ahli parti itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau akan membuat semakan berhubung nota bantahan terbabit dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

“Surat (nota bantahan) itu sudah lama (diterima). Saya kena semak dengan Setiausaha Agung,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, lapor BH pada Rabu.

Pada 17 Ogos, Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan penerimaan surat berkenaan sambil memaklumkan Majlis Pimpinan Pusat parti dijangka akan membincangkannya menjelang akhir bulan ini.

Perkara itu susulan pengesahan Tengku Zafrul yang menyertai PKR minggu lalu selepas meninggalkan Umno.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini menyatakan bahawa parti itu akan menghantar nota bantahan kepada semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang telah menerima atau bercadang untuk menerima bekas ahli Umno.

Beliau dilaporkan berkata tindakan sedemikian boleh menjejaskan hubungan antara parti dalam gabungan tersebut.

Pada 30 Mei, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Umno dan kemudian menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR.

Pada 8 Ogos, beliau mengesahkan bahawa permohonannya untuk menyertai PKR telah diterima dan kini ahli PKR Ampang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat