Negara kaya dikecam laksana suntikan dos ketiga, ketika jutaan penduduk dunia belum divaksin – WHO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk tindakan melampau negara-negara kaya memberi dos penggalak vaksin COVID-19 ketika jutaan penduduk dunia masih belum menerima sebarang suntikan.

Tiada data saintifik yang kukuh bagi membuktikan dos penggalak diperlukan ketika ini.

Pendirian itu disuarakan sebelum Amerika Syarikat mengumumkan penduduk negara itu yang layak divaksinasi akan segera menerima dos tambahan.

Pakar berpendapat, pemberia dos penggalak ketika ramai masih menunggu untuk menerima vaksin adalah tindakan tidak bermoral.

Memetik Bernama, awal bulan ini WHO mendesak penangguhan dos penggalak bagi membantu mengurangkan ketidaksamaan taburan dos antara negara kaya dan miskin.

Bagaimanapun desakan itu tidak menghentikan tindakan beberapa negara maju untuk meneruskan suntikan penggalak, ketika organisasi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu berusaha untuk mengekang penularan varian Delta di seluruh dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat