7 Pesakit Covid-19 Pulih, Hanya 5 Jangkitan Baru Hari Ini – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif baharu Covid-19 menurun kepada lima kes sahaja hari ini berbanding 16 kes semalam.

Kelima-lima kes baharu itu adalah kes import. Tiada penularan tempatan dikesan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, seramai tujuh pesakit telah dibenarkan keluar hari ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 adalah 183 kes.

Kesemuanya telah diasingkan dan diberi rawatan.

Seramai tujuh pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini menjadikan angka korban kekal 125.

Dengan itu, setakat jam 12 tengahari tadi, kes kumulatif Covid-19 di Malaysia adalah 9240 kes manakala jumlah kumulatif discaj adalah 8932 atau kira-kira 96.7 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat