Felda: Dasar lupus hutang dibuat Muhyiddin, penyelesaian tuntas oleh Anwar kongsilah kredit 50/50

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertikaian antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan siapa jaguh dalam isu penghapusan hutang peneroka dan Felda dianggap sebagai ‘remeh’.

Sedangkan perkara utamanya kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar ialah kedua-dua Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri itu ada jasa kepada institusi Felda dan juga peneroka.

“Dua-dua ada peranannya, ia dimulakan oleh Muhyiddin yang telah membuat keputusan dasar (polisi) untuk menghapuskan hutang dan diteruskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cuma penyelesaian yang tuntas ada masalah aliran tunai atas masalah dilupuskan hutang peneroka kepada Felda, Felda kena bayar hutang kepada Maybank dan KWSP ialah Anwar yang bagi bantuan kepada Felda.

“Jadi semua Perdana Menteri ada jasa dalam hal ini- ada jasa kepada peneroka, ada jasa kepada institusi Felda.

“Ada jasa lupuskan hutang kepada peneroka dan ada jasa untuk menyelamatkan institusi Felda, jadi ambil lah kredit itu. Pemimpin 3G ‘slow sikit’ kena update kepada 5G,” seloroh beliau dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan malam tadi.

Sementara itu, mengulas lanjut Shahril Hamdan pula menjelaskan Muhyiddin yang tulis dokumen membatalkan hutang peneroka Felda kepada Felda sewaktu pemerintahannya.

“Dokumen hapus hutang tak cukup untuk lupuskan hutang kerana walaupun hutang peneroka Felda adalah kepada Felda sendiri dan kalau Felda kata takpa saya relakan benda itu boleh dibuat secara teorinya.

“Cuma Felda itu sendiri pula berhutang dengan Maybank, berhutang dengan KWSP kerana mereka mengambil sukuk RM6 bilion sukuk untuk membeli balik saham FGV, namun isu utamanya Felda sebagai sesuatu institusi berhutang dengan Maybank dan KWSP itu kena bayarlah, dia mengharapkan dapat balik pulangan daripada hutang peneroka untuk bayar balik hutang dia sendiri.

“Tetapi apabila hutang peneroka dah dilupuskan perlulah ada suntikan daripada orang lain,orang lain itu kerajaan Malaysia
jadi di sini Muhyiddin tak sedar perkara itu pada waktu itu ataupun dia tak cukup masa untuk, dia tak jadi Perdana Menteri waktu perkara itu perlu diselesaikan.

“Jadi kedua-duanya ada kebenaranlah. Betul Muhyiddin yang membuatkan polisi ini dan mungkin dia ada masa jadi PM dia akan deliver juga. Betul juga Anwar sebagai PM sedia ada dia lah telah memperuntukkan daripada Kementerian Kewangan (MOF) barangkali kepada Felda supaya Felda boleh cover balik hutang sukuk kepada Maybank dan KWSP, sebab itulah pelupusan hutang berkenaan boleh diteruskan,” jelas beliau.

Shahril kemudian mempersoalkan kenapa generasi 3G yang berumur macam mereka tak payahlah sampai benda remeh macam ini nak berebut kredit.

“Isu kredit bagi saya remehlah, kalau boleh pemimpin-pemimpin yang lebih senior ini mencontohi pemimpin lebih junior yang penting ialah masalah dan penyelesaian isu rakyat, tak penting siapa nak ambil kredit

“Kalau nak ambil kredit pun 50/50,” bidasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat