Pakar Epidemiologi Saran Kerajaan Buka Semula Pusat Kuarantin Wajib

Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah. Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan...

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...

#PRNSabah : Semua 41 ADUN GRS Akan Mengadap TYT Hari Ini

Kota Kinabalu - Semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi menentukan calon Ketua Menteri yang...

Kempen Warisan Tolak ‘Katak’ Makan Diri Sendiri – Najib

KUALA LUMPUR- Kempen tolak ‘katak’, lindungi Sabah telah memakan diri, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas Presiden Barisan Nasional (BN) itu merujuk...

#PRNSabah : Hajiji Diangkat Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU- Teka-teki calon Ketua Menteri Sabah kini terungkai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor. Hajiji dijangka akan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan disarankan agar memperkenalkan semula pusat kuarantin wajib khususnya buat mereka yang pulang dari luar negara.

Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, langkah itu penting bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 boleh dikawal selain mampu memutuskan rantaian wabak berkenaan.

Katanya, langkah itu juga dilihat lebih berkesan berbanding proses kuarantin wajib di rumah yang boleh diragui khususnya dalam aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pemahaman terhadap SOP kuarantin wajib di rumah masih rendah. Sedangkan, perkara itu memerlukan mereka duduk di dalam bilik selama 14 hari tanpa berjumpa dengan sesiapapun termasuk ahli keluarga.

“Ini kerana, jika mereka masih berjumpa dengan orang lain walaupun tidak bergejala, mereka masih boleh menjangkiti dan ini menyebabkan wujudnya kluster baharu,” katanya ketika ditemubual menerusi Buletin AWANI Khas pada Isnin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menzahirkan kebimbangan terhadap penularan COVID-19 di negara ini selepas 13 kluster baharu dikesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam pada itu, Awang Bulgiba yang juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur berkata, kos untuk mencari, mengesan dan merawat jauh lebih tinggi berbanding membuka semula pusat kuarantin wajib seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, ini kerana, negara hanya memerlukan satu super spreader sahaja untuk menyebar luas jangkitan virus berkenaan.

“Sekiranya ada satu super spreader jangkitan kes ini, saya percaya ia akan menyebabkan penularan wabak sekali gus meningkatkan kadar jangkitan.

“Kalau semua ini terjadi, kos untuk mengesan, mencari dan merawat mereka yang telah dijangkiti jauh lebih tinggi berbanding meletakkan mereka di pusat kuarantin untuk elak penularan kes,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan disarankan untuk mengambil pendekatan pemakaian pelitup muka secara mandatori.

“Pada awal semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenal, ramai memakai pelitup muka tetapi sekarang nampak ada yang sudah leka dan tidak pakai.

“Sehubungan itu, saya sarankan agar kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka sebab virus masih ada dan kita masih belum putuskan rantaian jangkitan ini,” ujarnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...

Kempen Warisan Tolak ‘Katak’ Makan Diri Sendiri – Najib

KUALA LUMPUR- Kempen tolak ‘katak’, lindungi Sabah telah memakan diri, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas Presiden Barisan Nasional (BN) itu merujuk...

#PRNSabah : Hajiji Diangkat Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU- Teka-teki calon Ketua Menteri Sabah kini terungkai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor. Hajiji dijangka akan...