Subsidi bersasar: Kerajaan buli Semenanjung – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Kerajaan Madani bertindak sondol membabi buta mengikut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi pada masa sama jadi pengecut terhadap sesetengah pihak, membuli kebanyakan rakyat yang diketahui tak boleh buat apa-apa terhadap kerajaan.

Ketua Armada Bersatu itu berkata, rakyat Semenanjung tak tahu sama ada nak sedih, marah atau ketawa apabila orang Pakatan Harapan (PH) bekerja lebih masa untuk jual cerita kononnya penarikan subsidi yang kerajaan buat sekarang ialah satu azam politik (political will).

“Menurut ketahyulan mereka, kerajaan berani mengambil langkah tak popular untuk buat langkah yang betul.

“Naratif ini nampaknya dimulakan oleh Pak Menteri seperti Rafizi Ramli dan Fahmi Fadzil, lalu dijual tanpa rasa malu oleh “geng pajak otak”.

“Maksud sebenar azam politik (political will) ialah keberanian. Namun apa Kerajaan Madani buat dalam dasar subsidi bersasar ialah dasar pengecut,” dakwa Wan Ahmad Fayhsal.

Hal ini kerana katanya, Sabah dan Sarawak dapat beli minyak pada harga rendah manakala penduduk Tanah Melayu terpaksa tanggung harga mahal.

“Semua orang tahu Perdana Menteri tak berani kacau Sabah Sarawak kerana dua negeri itu bila-bila masa saja boleh tarik sokongan. Di sana sini orang mengutuk dasar pengecut tapi zalim ini.

“Bagaimana dalam negara yang sama, dua negeri dapat harga rendah manakala negeri-negeri lain dapat harga mahal?

“Bukan saja pengecut, kerajaan Madani juga berdosa kerana membuli penduduk Semenanjung. Mentang-mentanglah Umno dah dijinakkan, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dah boleh buat apa saja,” kata beliau.

Oleh sebab kerajaan takut hilang sokongan Sabah dan Sarawak, harga minyak di Sabah Sarawak dilindungi walaupun harga Semenanjung dinaikkan, dakwanya.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, Skim Kawalan Diesel Bersubsidi pula hanya menyasarkan harga rendah kepada kenderaan tertentu seolah-olah hanya industri tertentu saja yang patut dilindungi.

“Yang lain sama ada tak dapat apa-apa atau dapat RM200 sebulan. Baru 1 hari dilaksanakan, pengguna diesel sudah bising-bising marah bantuan tunai tak cukup.

“Rakyat terbanyak yang menggunakan petrol mula risau jika kawalan diesel ini dibuat ke atas petrol,” ujarnya.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal lagi, kerajaan sebenarnya bukannya nak meringankan beban orang susah seperti digembar-gemburkan.

“Kerajaan seolah-olah tak tahu apa yang dia buat.

“Sampai alasan diberikan kenapa Sabah Sarawak saja dapat harga rendah ialah lebih banyak pengguna diesel di sana berbanding Semenanjung. Alasan yang tak masuk akal.

“Jelas sekali kerajaan tak fikir dalam. Seolah-olah kerajaan nak ikat perut seperti saranan IMF tapi pada masa yang sama, tiada keazaman politik (political will) untuk tarik subsidi di sesetengah negeri dan sektor,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat