Rafidah Ibrahim lantang perjuang isu Palestin, lancar lagu zikir “La Ila Ha Ilallah”

- Advertisement -

Pejuang Palestin yang lantang, Rafidah Ibrahim, telah melancarkan lagu zikir berjudul La Ilaha Illallah. Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hazmi Fahim dan diterbitkan oleh Sheikh Qalam Records dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia.

Menurut Rafidah, lagu ini bertujuan untuk memberikan ketenangan kepada mereka yang mendengarnya dan juga untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin. Sebahagian daripada keuntungan daripada penjualan lagu ini akan disumbangkan kepada pertubuhan Bantuan Palestin Malaysia.

“Saya mahu kita semua membasahkan lidah dengan alunan zikir bila kali diberikan peluang merakamkan lagu ini. Ini peluang yang baik untuk kita sama-sama berselawat dan berzikir memuji Tuhan yang satu,” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Rafidah juga berharap agar lagu ini dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang situasi di Palestin dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Saya mahu kita bersatu hati bukan sebagai rakyat Malaysia sahaja, sebaliknya sebagai komuniti sejagat bagi menghantar isyarat kepada dunia yang kita peduli kepada mereka yang menjadi mangsa kekejaman ini,” tambahnya lagi.

Lagu La Ilaha Illallah telah dilancarkan secara rasmi pada 7 Jun lalu di semua pelantar digital. Lirik video lagu ini boleh ditonton melalui YouTube Sony Music Malaysia.\

Link YouTube

https://youtu.be/WdRNmdSZfy4?si=GqJIZHu_Dreb_7b2
https://x.com/rafidahibrahim?s=21&t=B-Oot-jP6KARHRqTcIR_sg
https://youtube.com/@rafidahibrahimofficial?si=abUQM_wCyrj7Vqr3

Media Sosial
https://www.instagram.com/rafidahibrahim?igsh=MjZhbmtzeTVpd3Ry
https://www.tiktok.com/@rafidahhjibrahim?
https://www.facebook.com/rafidahibrahim.my?mibextid=LQQJ4d

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat