Microsoft teroka potensi AI, manfaat tenaga kerja negara – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menjalinkan kerjasama strategik dengan Microsoft Malaysia melalui memorandum persefahaman (MoU), serta pelancaran program pembangunan kapasiti dalam Kecerdasan Buatan (AI) iaitu MCMC – Microsoft AI TEACH, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Jelasnya, melalui MoU berkenaan, MCMC dan Microsoft Malaysia akan bekerjasama untuk meneroka manfaat sosioekonomi AI, termasuk usaha untuk mempersiapkan tenaga kerja masa hadapan dengan pengetahuan AI dan kemahiran digital. Selain itu, kerjasama ini juga akan menyaksikan penerimagunaan perisian Microsoft oleh pihak MCMC bagi merintis penggunaan AI, serta pendekatan kepada penerimagunaan AI yang bertanggungjawab.

Kerjasama tersebut dimeterai oleh Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman, disaksikan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang turut melancarkan program MCMC – Microsoft AI TEACH di ibu negara.

Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Salim menyifatkan kerjasama strategik dengan Microsoft Malaysia dalam bidang AI sebagai langkah yang tepat pada masa. Menurutnya, teknologi AI mempunyai potensi untuk mengubah kehidupan, serta meluaskan ekonomi negara pada masa akan datang.

Melalui program MCMC – Microsoft AI TEACH, seramai 1,600 ahli komuniti berhampiran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), khususnya golongan rentan akan menerima latihan dan pensijilan dalam kemahiran AI. Program itu akan membantu meningkatkan kebolehpasaran 1,000 orang peserta melalui inisiatif padanan pekerjaan MyFutureJobs bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Peserta akan mengikuti kelas secara fizikal selama dua hari sebelum penganugerahan sijil. Program MCMC – Microsoft AI TEACH memberi tumpuan kepada empat modul utama iaitu Pengenalan kepada AI, Pengenalan kepada AI Janaan, Penggunaan AI untuk Meningkatkan Kebolehpasaran dan Penggunaan beretika untuk AI.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat