Majoriti jemaah haji meninggal dunia masuk tanpa visa haji, cuma guna visa pelancong: laporan

- Advertisement -

JEDDAH- Majoriti jemaah haji yang meninggal dunia pada musim haji 1445H ini adalah individu yang masuk tanpa visa haji dan dipercayai berada di Mekah menggunakan visa pelancong.

Memetik laporan Astro AWANI mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah haji bermula.

Menurut Kementerian Luar Negeri, Migrasi, Luar Negara Tunisia, kebanyakan jemaah mereka meninggal dunia menggunakan visa pelancongan, lawatan atau umrah.

Sementara itu, Pengarah Operasi dan Hal Ehwal Konsular di Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan, Dr Sufyan Qudrah turut mengakui, semua jemaah haji negara itu yang meninggal dunia atau hilang bukan sebahagian daripada delegasi rasmi mereka.

Sebaliknya, jemaah tersebut telah memasuki Arab Saudi dengan visa pelancongan dan tanpa permit haji.

“Individu-individu ini kekal di Mekah sehingga musim haji dan menunaikan haji tanpa kebenaran yang sewajarnya, tanpa sokongan daripada mana-mana syarikat atau entiti untuk menyediakan penginapan, makanan, atau perkhidmatan pengangkutan,” jelasnya dalam satu laporan pada Rabu.

Mekah dilanda suhu panas luar biasa beberapa minggu sebelum musim haji bermula.

Keadaan itu berkekalan sehingga masuk musim haji, dengan suhu tertinggi mencecah sehingga 49 darjah Celcius.

Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan yang ketara dari segi jumlah jemaah yang menunaikan ibadah haji dengan suhu panas sehingga mencecah 50 darjah Celcius di kota Mekah.

Jemaah yang tidak mempunyai visa haji yang sah lebih terdedah kepada bahaya panas terik dan risiko strok haba memandangkan mereka tidak mempunyai tempat penginapan khusus ketika berada di Arafah dan Mina.

Mereka juga terpaksa berjalan jauh untuk memenuhi tuntutan ibadah haji, sekali gus menyebabkan risiko kepenatan.

Kerajaan Arab Saudi pada Isnin melaporkan lebih 2,700 orang telah dirawat akibat strok haba.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat