HONOR telah melancarkan Siri HONOR 200 di Malaysia, membawa dua versi Pro dan standard, Siri HONOR 200 menawarkan gabungan sempurna antara teknologi AI yang canggih dan keupayaan kamera yang luar biasa, menjadikannya telefon yang serba boleh untuk pelbagai keperluan.
HONOR 200 menawarkan pengalaman pengguna yang diperkaya dengan teknologi AI yang canggih, terutamanya melalui HONOR AI Portrait Harcourt yang membolehkan pengguna menangkap potret dengan kualiti studio.
Kedua-dua versi telefon ini dilengkapi dengan kamera utama 50MP yang menawarkan ketelitian yang hebat serta kamera telefoto 50MP untuk pengambilan gambar yang lebih mendalam.
Honor tetap berpegang kepada komitmen untuk memberi telefon pintar yang tidak hanya menawarkan prestasi dan teknologi terkini, tetapi juga mampu milik kepada semua pengguna.
Pengalaman Fotografi Flagship Bertaraf Studio: Dikuasakan oleh HONOR AI Portrait Engine dan direka bersama Studio Harcourt yang terkemuka di Paris, Siri HONOR 200 membolehkan anda menangkap imej potret bertaraf studio dengan mudah. Pilih daripada tiga Mod Potret eksklusif untuk menghasilkan foto yang menakjubkan dengan hanya menekan butang.
Keupayaan Kamera yang Menakjubkan: Versi Pro dilengkapi Kamera Utama 50MP dengan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci, manakala versi standard pula mempunyai Kamera Utama 50MP dengan Sensor Sony IMX906. Kedua-dua telefon pintar ini juga menampilkan Kamera Telefoto 50MP, Kamera Ultra Lebar dan Kamera Makro 12MP, serta sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS) untuk tangkapan imej yang stabil.
Magic AI Experience untuk Telefon Pintar Kelas Pertengahan Premium: Siri HONOR 200 merupakan siri HONOR Number pertama yang menampilkan ciri-ciri Magic AI Experience, termasuk Magic Portal untuk interaksi kandungan yang mudah, Magic Capsule untuk akses cepat ke ciri-ciri telefon, AI Air Gestures untuk kawalan tanpa sentuh, dan AI Smart Folder untuk organisasi skrin utama yang pintar.
Spesifikasi Flagship yang Bernilai: Bateri Karbon Silikon 5,200mAh dengan pengecas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge (pengecasan penuh dalam 41 minit), pengecas wayarles 66W Wireless HONOR SuperCharge (versi Pro sahaja), paparan lengkung AMOLED Quad-curved Floating Display 6.78 inci (versi Pro) atau 6.7 inci (versi standard), pemproses Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 (versi Pro) atau Snapdragon 7 Gen 3 (versi standard), dan pembesar suara stereo dwi.
Harga dan Warna
HONOR 200 Pro didatangkan dengan konfigurasi penstoran 12GB RAM+512GB serta tersedia dengan warna Ocean Cyan dan Moonlight White, pada harga RM2,699.
Versi standard HONOR 200 tersedia dalam dua konfigurasi penstoran, iaitu 12GB RAM+512GB (RM2,199) dan 12GB RAM+256GB (RM1,899) dengan tiga warna menawan iaitu Coral Pink, Moonlight White dan Black.
Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, sila layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/