Pemandu lori mengaku tak bersalah cuai hingga mengakibatkan kemalangan maut

- Advertisement -

Pemandu lori mengaku tak bersalah cuai hingga mengakibatkan kemalangan maut

KUANTAN – Seorang pemandu lori treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Trafik Kuantan, hari ini atas tuduhan memandu secara cuai hingga mengakibatkan kemalangan maut.

Tertuduh, Muhammad Nor Azwan Abd Saman, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan majistret Fatinah Abu Bakar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 11 malam di Jalan Kuantan – Segamat, dekat persimpangan lampu isyarat FELDA Lepar Hilir, di sini.

Dia didakwa memandu lori treler tanpa kecermatan dan mengakibatkan kemalangan maut mengorbankan dua beradik, Siti Nur Alia Saffiyah, 18 tahun dan Siti Mazurah Zulkifli, 30 tahun.

Pendakwaan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87 – Pindaan 1999) itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhlin Hani Khairon, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Selain itu, lesen tertuduh juga boleh dibatalkan mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun dari tarikh sabitan.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 beserta seorang penjamin bercagar.

Namun, tertuduh dalam rayuannya memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana pendapatan bulanannya hanya RM3,000 dan menanggung isteri serta tiga anak dan ibunya yang sudah berusia.

Majistret kemudiannya membenarkan jumlah ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bercagar dan menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah turut menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai.

 

author avatar
Nik Syukri Ramli
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat