BCL syukur anak, ibu bapa negatif Covid-19

- Advertisement -

Jakarta: Pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali, BCL melahirkan perasaan lega apabila anak tunggalnya Noah, berserta ibu bapa dan pembantu rumahnya disahkan negatif Covid-19.

Ujian calitan kepada semua ahli keluarga dan pembantu rumah BCL itu dibuat pada petang Jumaat lalu dan keputusan negatif berkenaan diperoleh mereka pada malam, hari yang sama.

Terdahulu, BCL yang positif Covid-19 sejak enam hari lalu kini menjalani sesi kuarantin di rumah bersama berberapa rakannya yang turut dijangkiti.

Bagaimanapun, kesemua mereka sepakat untuk mengambil pendekatan dengan bertindak membuat ujian calitan kepada semua ahli keluarga masing-masing yang disyaki kontak rapat.

“Alhamdulillah, hasil PCR Noah, ibu bapa dan orang rumah semua negatif. Kepada kita semua yang ada di tingkat tiga yang kuarantin, semangat terus supaya lekas negatif,” katanya.

Dalam perkembangan lain, BCL memaklumkan dia sudah mula mengalami gejala Covid-19 yang membuatkan fikirannya terganggu dan memerlukan ketenangan.

“Paling sukar apabila saya terpaksa berpisah dengan Noah. Saya juga terpaksa menyusahkan orang lain untuk menguruskan segala urusannya (Noah).

“Ia memang tidak mudah buat saya jauh dari Noah. Namun, saya tetap bersyukur kerana ibu bapa dan keluarga yang banyak membantu saya,” katanya.

Penyanyi lagu Cinta Sejati itu dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat beberapa penari yang bertemu dengannya pada 10 Jun lalu.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat