Najib wajar akui kesilapan jika ingin kembali aktif politik, membimbangkan jika cash is king jadi PM semula – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak wajar tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan dilakukan jika ingin kembali aktif dalam politik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mengakui bahawa ia sesuatu yang amat ‘membimbangkan’ buat Malaysia jika Najib dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

“Jika Najib Razak boleh menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, maka kita tidak sepatutnya terkejut lagi dengan apa-apa yang berlaku dalam dunia politik.

“Apabila seseorang yang pernah menyatakan bahawa ‘cash is king’ kembali memimpin negara, itu adalah sesuatu yang amat membimbangkan.

“Jika beliau benar-benar ingin kembali memimpin, seharusnya beliau tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan dan bukan dengan cara menggunakan wang untuk membeli sokongan, meminjam atau mencuri demi kuasa,” katanya pada sesi dialog sempena pelancaran Buku Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam, lapor Utusan.

Katanya, beliau mahu rak­yat Malaysia juga sedar bahawa kepimpinan ‘cash is king’ tidak boleh terus diterima lagi di negara ini.

Dr Mahathir berkata, apabila wang menjadi alat utama untuk meraih kuasa maka, politik bukan lagi tentang perjuangan untuk rakyat, negara dan agama.

“Ia sebaliknya berubah menjadi satu permainan kuasa yang dipenuhi rasuah dan kepenti­ngan peribadi,” katanya.

Berbanding dahulu, katanya, perjuangan Malaysia adalah untuk agama, bangsa dan tanah air namun, apabila haluan itu berubah maka, ramai yang kecewa dan terpaksa berundur.

“Saya sendiri tidak sanggup terus berada dalam sistem yang telah lari daripada prinsip asal,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat