Kemalangan akibatkan kehilangan nyawa, pemandu boleh dikenakan diyat, kafarah – Jawatankuasa Fatwa Perlis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menetapkan jika kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu maka pemandu bertanggungjawab ke atas segala kemudaratan yang berlaku sama ada kehilangan nyawa atau harta benda.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkongsikan persetujuan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memaklumkan jika kemalangan membabitkan kehilangan nyawa, pemandu boleh dikenakan hukuman Diyat iaitu denda sebagai ganti terhadap nyawa yang diserahkan kepada waris si mati (mangsa kemalangan) kecuali jika waris mangsa memberi kemaafan.

Kedua iaitu Kafarah iaitu memerdekakan seorang hamba beriman dan jika tiada, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut.

“Jika sesuatu kemalangan yang membabitkan dua pihak atau lebih dan kesemua mereka menjadi faktor penyebab terjadinya kemalangan secara bersama, maka pihak yang terlibat bertanggungjawab ke atas kerosakkan yang berlaku.

“Jika kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh binatang peliharaan, pemiliknya menanggung segala kerugian akibat kecuaian mengawalnya,” jelas jawatankuasa itu lagi.

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga menegaskan pengguna jalan raya wajib mematuhi segala peraturan di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

“Segala bentuk penggunaan jalan raya yang membawa kepada kemudaratan adalah diharamkan.

“Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan di jalan raya, maka ia tertakluk kepada beberapa keadaan seperti jika kemalangan itu tidak disebabkan oleh kecuaian pemandu, maka pemandu itu tidak bersalah dan tidak dikenakan apa-apa hukuman.

“Ini seperti kemalangan yang berpunca daripada faktor luar kawalan yang di luar campur tangan manusia.

“Faktor utama kemalangan disebabkan oleh mangsa. (Contoh: orang yang keluar melintas jalan secara tiba-tiba, sedang pemandu mengikut peraturan)

“Jika kemalangan itu disebabkan oleh kesalahan orang lain atau kesalahan pihak ketiga, maka pihak ketiga tersebut hendaklah memikul tanggungjawab,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat