‘Itu penguruslah, bukan kekasih’ – Sufian Suhaimi

- Advertisement -

Petaling Jaya: “Saya terharu apabila masih lagi ada orang yang peduli dan mahu mengambil berat mengenai saya.”

Demikian kata penyanyi Sufian Suhaimi mengenai video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan dia bersama seorang wanita bertudung yang dilihat agak mesra.
Menerusi aksi yang dirakam dari jarak jauh itu, ramai mendakwa itu adalah kekasih baharu penyanyi lagu Di Matamu itu, apatah lagi kelihatan Sufian begitu ceria menikmati hidangan makan malam berkenaan.

Sufian, 30, ketika ditemui berkata, wanita dalam video itu ialah pengurusnya dan kejadian itu berlaku di Pulau Pinang ketika mereka keluar makan bersama selepas menjayakan penggambaran kandungan saluran YouTube.

“Wanita itu adalah pengurus saya di syarikat rakaman Rusa Music. Selepas penggambaran kami pergilah makan. Ia hanyalah situasi normal. Pengurus saya itu juga sudah berkahwin. Suaminya pun memahami sebab dia bukan menguruskan saya saja. Saya pun bukan hanya ada seorang pengurus saja dalam syarikat rakaman itu, tapi ada empat orang pengurus. Kami semua sudah seperti satu keluarga.

“Apabila video itu ditularkan, saya tak marah sebab sebenarnya sudah perasan orang itu sedang merakamkan kami. Cara dia pegang telefon itu juga saya sudah boleh tahu dia merakamkan video. Kemudian dia lalu dan bertanya adakah pengurus saya itu teman wanita saya. Saya tidak salahkan dia. Saya okay saja. Saya berterima kasih kerana masih ramai yang ambil berat mengenai saya,” katanya kepada Harian Metro.

Sufian yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Rakyat Rangers anjuran Hot FM, di sini, menjelaskan, dia sama sekali tidak akan berahsia sekiranya sudah mempunyai kekasih.

“Kalau saya bercinta pun, saya tidak akan sorok. Saya akan melalui fasa itu seperti orang biasa dan juga akan berkongsi dengan orang ramai sekiranya ada.

“Bagaimanapun, saya masih mencari lagi, tapi tidaklah terlalu mencari. Saya hanya ‘go with the flow’. Saya juga tak mahu asyik keluar dengan cerita putus cinta saja, nanti orang ramai bosan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sufian bakal muncul dengan lagu era 90-an yang diberi nafas baharu, iaitu Mimpi Yang Tidak Sudah nyanyian asal Ibnor Riza.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat