Menu makanan berinspirasikan ‘Corona’

- Advertisement -

Bukan mahu berjenaka di kala seluruh dunia berhadapan dengan penularan wabak coronavirus baharu, COVID-19, sebaliknya masyarakat global prihatin dan melahirkanya dengan cara tersendiri.

Justeru, ada pengusaha makanan yang kreatif dengan mengambil menyediakan menu yang berinspirasi COVID-19.

Ketika dunia berdepan saat getir akibat virus maut itu, pelbagai usaha diambil masyarakat antarabangsa terutama pengusaha makanan itu mengambil kesempatan menghasilkan resipi makanan bertemakan coronavirus.

Di Hanoi, Vietnam – burger bertemakan coronavirus.

Bagi Cef, Hong Tung berasal dari Hanoi, menghasilkan burger bertemakan coronavirus.

Beliau menghasilkan burger yang menggunakan roti disaluti teh hijau dihiasi dengan mahkota kecil iras gambar rajah coronavirus yang dilihat menerusi mikroskop.

Tung menjelaskan, penghasilan makanan segera itu adalah bagi menghilangkan rasa takut orang ramai terhadap penyakit berjangkit berkenaan.

“Ada bidalan yang mengatakan, jika kita takut kepada sesuatu, kita harus memakannya,” katanya.

Menurut media, kedai makanan segera itu berhasil menjual kira-kira 50 burger terbabit setiap hari, sekali gus dilihat membantu peniaga berkenaan terutama dalam keadaan perintah berkurung yang disebabkan pandemik berkenaan.

Di Perancis – telur easter bertema coronavirus

Cef Jean-Francos Pre menghasilkan telur easter berinspirasikan coronavirus
Cef Jean-Francos Pre menghasilkan telur easter berinspirasikan coronavirus

Cef pastri dan coklat dari Prancis, Jean-François Pré menghasilkan telur ‘easter’ bertemakan coronavirus.

Makanan berasaskan coklat itu berwarna hitam dengan kacang badam bertitik merah menyerupai virus terbabit.

Ketika ditemubual akhbar tempatan, Pré memberitahu resipi yang dihasilkannya hanya sebagai jenaka bagi meredakan keadaan tegang disebabkan virus terbabit.

Beliau mula menjual makanan itu, di kedainya yang terletak di Landivisiau, Brittany beberapa minggu sebelum Perancis melaksanakan perintah berkurung.

Di Jerman – kek menyerupai tisu tandas

Cef Hong Tung dari Hanoi, menghasilkan burger bertemakan coronavirus
Cef Hong Tung dari Hanoi, menghasilkan burger bertemakan coronavirus

Di barat Jerman, kedai kek Schuerener Backparadies turut menjadikan virus terbabit sebagai inspirasi kepada resipi kek dan biskutnya.

Pelanggan bukan sahaja boleh mendapatkan biskut menyerupai emoji topeng muka, malah kedai dimiliki Tim Kortuem itu turut menawarkan kes berbentuk tisu tandas.

Penghasilan kek menyerupai tisu tandas itu jelasnya diinspirasi daripada masalah kekurangan bekalan bahan berkenaan akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia.

Kek marbel dibaluti gula fondan putih itu mendapat permintaan tinggi pelanggan dengan penghasilan 200 biji setiap hari dan secara tidak langsung membantu kelangsungan perniagaannya khususnya dalam keadaan yang getir ketika ini.

“Pelanggan amat menyukai kek terbabit dan kebanyakan mereka menyukainya kerana ia bersesuaian dengan keadaan yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Di Amerika – donut papar wajah pakar penyakit berjangkit

DONUT memaparkan Wajah Dr Anthony sebagai tanda terima kasih. Foto/Agensi
DONUT memaparkan Wajah Dr Anthony sebagai tanda terima kasih. Foto/Agensi

Di Amerika Syarikat (AS), sebuah kedai makanan segera menjual donut yang memaparkan wajah pakar penyakit berjangkit, Dr Anthony Fauci yang juga anggota pasukan khas coronavirus kepada Presiden AS, Donald Trump.

Pengusaha kedai di Rochester, New York itu mengambil keputusan menjual donut berserta wajah Dr Anthony kerana doktor pakar terbabit antara individu penting di negara itu dalam melawan COVID-19.

Pemiliknya, Nick Semeraro, berkata beliau mengagumi peranan dimainkan Dr Anthony dan donut yang dihasilkannya itu adalah sebagai tanda berterima kasih kepada doktor berkenaan.

Sumber :Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat