Kita Bukan UMDAP. Kita UMNO Sejati ! – Akmal Saleh

- Advertisement -

AYER KUNING – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh, menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal dengan prinsip perjuangan asal dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak sebagai ‘UMDAP’.

Ucapan lantang itu dibuat ketika ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning, menjawab tohmahan bahawa UMNO telah hilang jati diri akibat kerjasama dalam kerajaan perpaduan bersama DAP.

“Ramai yang cakap UMDAP, UMDAP… Saya nak beritahu, kita bukan UMDAP. Kita UMNO dan Barisan Nasional yang asli,” katanya di hadapan ratusan penyokong.

Menurut beliau, hanya segelintir kecil yang mungkin boleh dikaitkan dengan tuduhan itu, namun majoriti UMNO dan BN kekal dengan pendirian asal.

“Rata-rata orang UMNO dan Barisan di sini adalah yang sejati. Jangan pernah takut, jangan gentar. Sebab kita bukan hipokrit,” tambahnya.

Dr Akmal juga menyelar pihak yang enggan menegur rakan sekutu apabila melakukan kesilapan, sambil menegaskan UMNO berani bersuara demi menjaga prinsip perjuangan.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerusi DUN Ayer Kuning akan kekal menjadi milik Barisan Nasional pada 26 April ini.

“Insya-Allah, 26 hari bulan nanti Ayer Kuning akan kekal bersama Barisan Nasional,” katanya disambut sorakan penyokong, khususnya golongan muda.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Perikatan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat