Lebih 1 Juta Kenderaan Masuk Pahang Sempena Aidilfitri

- Advertisement -

KUANTAN – Pengguna lebuh raya dan jalan raya yang memasuki Pahang perlu merancang perjalanan mereka bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan luar biasa.

Ini kerana dijangka lebih 1 juta kenderaan akan melalui Pahang sepanjang cuti Aidilfitri kali ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kenderaan itu akan memasuki Pahang melalui rangkaian lebuh raya Kuala Lumpur – Karak dan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu dan Kelantan.

“Kita meramalkan lebih kurang 1 juta kenderaan akan menggunakan LPT dan mereka ini ada yang dari Selangor, Melaka dan pelbagai lagi tempat.

“Memang akan berlaku kesesakan kerana laluan ini adalah pintu masuk utama pengguna ke Terengganu atau Kelantan,” katanya ketika ditemui media selepas Program Walkabout Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Peringkat Pahang di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, petang semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang, Kamarul Iskandar Nordin.

Mohammad Fakhruddin turut menasihatkan pengguna laluan LPT agar berhati-hati ketika memandu bagi mengelak daripada terbabit dalam kejadian tidak diingini.

“Mereka (pengguna) perlu meneliti keadaan lalulintas sebelum memulakan perjalanan serta mematuhi segala arahan dan peraturan jalan raya ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat