Kenaikan Harga Makanan Ternakan Di Luar Kawalan Kerajaan – Ronald

PUTRAJAYA – Kenaikan harga komponen makanan ternakan seperti jagung serta soya adalah disebabkan harga pasaran antarabangsa yang di luar kawalan kerajaan, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata kenaikan itu bukan berlaku semalam tetapi sejak empat bulan lepas.

“Ia di luar kawalan sebab melibatkan pasaran antarabangsa. Kenyataannya (ialah) kita masih bergantung pada komponen makanan haiwan dari negara luar,” katanya kepada media selepas mengagihkan bubur lambuk di kementeriannya di sini hari ini.

Ronald berkata Malaysia masih banyak mengimport jagung dan soya yang menjadi sebahagian daripada komponen makanan haiwan.

“Kita tidak menghasilkan cukup jagung untuk dijadikan makanan haiwan. Kalau ia diimport dari luar maka negara kita tidak dapat mengawal harga pada kadar yang berpatutan,” katanya.

Baru-Baru ini dilaporkan bahawa kenaikan harga makanan ternakan yang terdiri daripada soya dan jagung, yang kebanyakannya diimport dari Argentina dan Brazil, dikesan menjadi antara punca kenaikan harga ayam di negara ini.

Ronald berkata keprihatinan kerajaan melalui penetapan harga ayam standard pada kadar RM7.90 sekilogram dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021, yang akan bermula esok hingga 20 Mei, dilihat mampu mengurangkan harga pasaran ayam yang tinggi ketika ini.

Mengulas kegagalan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) membekalkan benih padi sah ke Kedah, Ronald berkata ia bukan kerana benih tidak mencukupi tetapi varieti yang dipohon pesawah kurang dalam pasaran dan usaha sedang dijalankan untuk menghantar varieti lain bagi menampung keperluan benih padi sah.

Katanya Nafas sedang mengambil langkah yang perlu bagi menangani masalah itu dan yakin masalah pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sudah berada dalam perhatian agensi tersebut. – Bernama

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...