PN sedia jadi kerajaan ‘membetulkan keadaan’ – Muhyiddin

- Advertisement -

PETALING JAYA — ‘PN sedia menjadi kerajaan yang akan ‘membetulkan keadaan’ jika diberikan peluang membentuk kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang, jelas pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata PN mampu menyelesaikan masalah rakyat lebih baik berbanding Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini.

“Kesedian kita untuk mentadbir urusan negara lebih lagi kalau keadaan tertekan rakyat berdepan dengan situasai yang amat sukar, pendapatan tidak meningkat, barang naik, subsidi sudah tidak ada.

“Kita (PN) boleh betulkan keadaan. Rakyat kini berhadapan dengan situasi yang amat sukar, pendapatan tidak meningkat, barang naik luar jangkaan,subsidi sudah tidak ada, ini amat menyulitkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersama Media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, malam tadi.

Tegasnya beliau telah membuktikan telah kemampuan menerajui negara semasa menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Tambahnya sehingga kini, beliau sering mendapat ucapan terima kasih atas inisiatif yang diperkenalkan kerajaan PN seperti moratorium pinjaman dan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Masa itu tak ada vaksin tak ada apa semua. Tapi akhirnya kita dapat menyelesaikan masalah ini termasuk menyelamatkan ekonomi negara.

“Mereka kata kalaulah tidak adanya apa disebutkan soal subsidi ataupun moratorium yang kita sediakan waktu itu, apalagi pengeluaran KWSP dan dan sebagainya, sebahagian besar mereka tidak akan dapat terus hidup,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat