Kilang edar stoking tertera nama Allah tutup operasi

- Advertisement -

BATU PAHAT: Kilang pembekal stoking yang mencetus kontroversi menutup operasinya sehari selepas diserbu pihak berkuasa berkuatkuasa hari ini.

Disamping itu, Pengurusan Kilang Xin Jian Chang Sdn Bhd menyatakan permohonan maaf melalui kain rentang yang dinaikkan di pagar kilang mereka Batu Pahat, Johor.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian berkaitan sarung kaki yang memaparkan perkataan sensitif yang tidak disengajakan,” tulis mereka.

Pihak syarikat juga tidak memaklumkan bila tarikh pengoperasian kilang itu akan disambung.

Pengurusan kilang juga menyatakan komitmen untuk memastikan sensitiviti masyarakat berbilang agama terjaga, keharmonian terpelihara dan meningkatkan kawalan kualiti produk mereka.

Penutupan kilang di kawasan perindustrian Sri Gading di sini, itu dilakukan sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu.

Semalam, polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menyerbu premis berkenaan dan lima pasang stoking yang dijumpai tersebut dipulangkan oleh tiga kedai serbaneka KK Mart ketika kontroversi mula tercetus.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya sudah menerima sembilan laporan polis dalam daerah itu dan pihaknya juga masih menjalankan siasatan termasuk merakam percakapan individu yang mengendalikan operasi kilang tersebut.

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat