Laluan mudah buat United, Arsenal

- Advertisement -

NYON, Switzerland – Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United berdepan undian ‘mudah’ pada aksi suku akhir Liga Europa selepas diundi bertemu kelab La Liga, Granada pada saingan yang akan berlangsung pada April depan.

Sementara itu, pasukan Arsenal yang berjaya menyingkirkan Olympiacos pada pusingan sebelum ini akan bertemu dengan wakil Republik Czech, Slavia Prague.

Pertembungan buku bertemu ruas pada pusingan kali ini menyaksikan Ajax Amsterdam akan bertembung dengan kelab gergasi Serie A, AS Roma.

Akhir sekali, Dinamo Zagreb yang mencipta kejutan menewaskan Tottenham Hotspur awal pagi tadi akan bertemu Villareal

Aksi pertama saingan suku akhir dijadualkan berlangsung pada 8 dan 15 April depan manakala saingan final tahun ini akan dilangsungkan di Gdanks, Poland.  AGENSI

SUKU AKHIR LIGA EUROPA

GRANADA lwn MAN. UNITED

ARSENAL lwn SLAVIA PRAHA

DINAMO ZAGREB lwn VILLAREAL

AJAX AMSTERDAM lwn AS ROMA

 

 

_K!online_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat