Guru Dijangkiti COVID-19, SK Bukit Jenun Diarah Tutup

- Advertisement -

PENDANG: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, di sini ditutup sementara bermula semalam selepas seorang guru dikesan dijangkiti COVID-19.

Menurut notis yang ditampal, penutupan sekolah berkenaan bermula jam 2.30 petang semalam sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak bagi tujuan sanitasi.

Difahamkan, waris murid sekolah itu diminta mengambil anak mereka pada jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung jangkitan membabitkan guru di sekolah terbabit tetapi belum menerima butiran lanjut.

“Saya akan berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat