Berharap PH-BN kekal berpakat tapi tetap siap siaga hadapi ‘kegilaan’ Akmal – Amanah

KUALA LUMPUR – Amanah terus mengharapkan pakatan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diteruskan namun tetap bersiap sedia menghadapi kemungkinan berdepan saingan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti ‘kegilaan’ Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menegaskan, ini bukan amaran atau cabaran, ianya sekadar “statement of fact” atau menyatakan hakikat.

“Bagi Amanah, kami terus mengharap bahawa keikhlasan yang ditunjukkan PH dalam berpakat akan dihargai dan mencorakkan keputusan BN.

“Tapi pada masa sama Amanah akan gerak jenteranya mulai sekarang untuk hadapi kemungkinan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti kegilaan Akmal. Ini bukan amaran atau cabaran, ianya sekadar “statement of fact” atau menyatakan hakikat,” kata Khalid dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, Khalid mengcapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan atas jawapannya berhubung persoalan rundingan kerusi PH dan BN untuk pilihan raya Negeri Melaka dan Johor.

“Secara tenang Tok Mat menyatakan bahawa ianya tidak mungkin dilakukan kerana keputusan sama ada nak bersama PH atau bersendirian masih belum dibuat. Kalau ikut kenyataan Akmal pula, dia lebih cenderung untuk bersama Pas/PN!

“Jawapan sebegini daripada Tok Mat jauh lebih matang dan ikhlas berbanding jawapan-jawapan sebelum ini.

“Amanah mengharapkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan, demi kepentingan Negara, namun mengakui pilihan diletak di tangan BN,” ujarnya.

Menurut Khalid lagi, mereka melihat kerjasama yang diasaskan selepas PRU-15 sangat baik, penuh dengan tolak-ansur dan keikhlasan.

“Tiada sebab BN perlu menolak kerjasama ini. Agak hairan kenapa BN masih teragak-agak dalam meneruskannya, kerana tiada unsur khianat atau paksaan/bully sepanjang kita bekerjasama.

“Lainlah kalau kami seperti Pas dan PN yang masyhur dengan khianat dan pemaksaan.

“Namun demikian, berdasarkan jawapan Tok Mat, Amanah kena bersiap-sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

“Teringat saya akan kata-kata pegawai ISA ketika saya ditahan dahulu, “pisau di tangan kamu dan buah di tangan kamu, nak potong cantik-cantik atau nak cincang, itu pilihan kamu”. Begitulah keadaannya dengan BN sekarang. Walaupun dilayani dengan baik semasa kerjasama perpaduan ini, terpulang pada BN sama ada hendak teruskan atau sebaliknya,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat