Rafizi, Fahmi sangkal PADU digodam sebaliknya LPPKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyangkal dakwaan kononnya Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) digodam.

Rafizi justeru telah menyindir sebuah portal teknologi yang berkongsi perkara itu kerana laporan yang tidak benar.

Rafizi mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Lowyat.net atas kegagalannya memastikan PADU yang digodam itu merupakan sub-unit Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan bukannya pangkalan data pusat (PADU) yang dirangka pihaknya.

“Terima kasih @LowyatNET kerana tidak menyemak fakta terlebih dahulu bahawa “Padu” berkenaan adalah sub-unit LPPKN, bukan Pangkalan Data Utama @paduofficial_.

“Paling tidak anda boleh lakukan ialah menghantar mesej kepada @paduofficial_ untuk mengesahkan (hal itu) sebelum dengan senang hati menyebarkan maklumat salah,” kata Rafizi melalui hantaran di platform media sosial X.

Lowyat dalam pembetulan berkata:
“Pangkalan data ‘Padu’ yang digodam oleh R00TK1T bukanlah Pangkalan Data Pusat (PADU) yang kami kenali.

“Menurut (portal lain) SoyaCincau, folder dengan nama Padu padanya adalah merujuk kepada Unit Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan LPPKN, juga dikenali sebagai Unit Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan dalam bahasa Melayu yang turut menggunakan akronim “Padu”,” katanya. Lowyat.

Menurut catatan terbaru melalui Telegram, kumpulan penggodam R00TK1T itu mendakwa telah melanggar infrastruktur keselamatan LPPKN dan mencuri lebih daripada 27 terabit (TB) data daripada pelayannya.

“Bersiaplah berdepan dengan pendedahan yang mengejutkan yang dibawa kepada kamu! Kami R00TK1T telah menyusup ke dalam pertahanan pelayan awan LPPKN yang tidak dapat ditembusi itu.

Bulan lalu, Rafizi berkata Kementerian Ekonomi telah meminda beberapa isu berhubung pendaftaran Padu termasuk pepijat dan kelemahan yang dibangkitkan oleh pengguna media sosial.

Dia berkata beberapa isu termasuk kelemahan seperti nombor kad pengenalan (IC) seseorang boleh digunakan untuk mengatasi dan menukar kata laluan mereka telah ditangani.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi menafikan Sistem PADU kendalian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bolos dan data dicuri.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan isu itu yang disebarkan dalam satu forum yang mendakwa kononnya sistem itu telah diceroboh.

Menurutnya, selepas diteliti maklumat dalam laman itu didapati ia bukan sistem PADU sebaliknya satu sub unit kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Fahmi berharap semua pihak menentukan kesahihan sesuatu maklumat sebelum disebarkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat