Bas Percuma Laluan Parlimen, Atasi Kesesakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesesakan di Parlimen kini dikurangkan dengan pelancaran bas percuma laluan T851.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjemput semua ahli-ahli Parlimen, pegawai, rakan-rakan media dan orang awam yang ada urusan Parlimen untuk memanfaatkan perkhidmatan ini.

“Hari ini saya melancarkan bas percuma Parlimen laluan T851. Ahli-ahli parlimen, pegawai, rakan-rakan media dan orang awam yang ada urusan parlimen dijemput untuk memanfaatkan perkhidmatan ini.

“Saya dimaklumkan bahawa setiap hari purata 2,000 kenderaan memasuki Parlimen dalam sesi persidangan. Namun hanya kurang 500 parkir disediakan.

“Ada keluhan bahawa mereka perlu beratur sehingga satu jam dalam kereta. Saya faham kesesakan ini akan menjejaskan kualiti kehidupan terutamanya warga-warga Parlimen atau pihak media yang perlu bertugas sehingga malam. Keesokan hari pula perlu datang awal ke Parlimen untuk mencari parkir semata-mata,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jadi katanya, Kementerian Pengangkutan bersama Rapid KL menyediakan kemudahan bas untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan memperkenalkan “last mile connection” dari KL Sentral ke Parlimen.

“Saya yakin bas ini memberi keselesaan kepada semua pihak selain daripada mengurangkan carbon emission.

“Laluan bas adalah seperti berikut iaitu KL Sentral (Balai Pelepas ERL) https://bit.ly/KLSentralERLEntrance; Taman Botani Perdana (Bangunan Parkir DBKL, Jalan Cenderawasih) dan Parlimen (Cafeteria, Bangunan Sementara),” katanya.

Jadual perkhidmatan bas boleh didapati di https://bit.ly/JadualBasT851Parlimen

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat