Tengkorak, Rangka Manusia Ditemukan Di Lebuh Raya

BATU PAHAT: Satu tengkorak dan rangka manusia ditemukan seorang pekerja penyelenggaraan Lebuhraya Utara Selatan berhampiran sebuah kereta di kawasan cerun di Kilometer (KM) 122.4 Yong Peng-Pagoh, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memberitahu, tengkorak dan rangka manusia itu ditemukan pekerja berkenaan pada jam 1.10 petang yang sedang membersihkan longkang.

“Terdapat kemungkinan ada kaitan dengan satu laporan polis berkenaan seorang lelaki hilang yang dibuat pada Jun lalu.

“Mangsa dipercayai memandu kereta Hyundai Sonata sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke cerun berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada malam Jumaat.

Katanya, pemilik kereta Hyundai Sonata itu sudah dikenal pasti dan kini menunggu waris untuk membuat pengecaman indentiti bagi membantu siasatan.

“Kami sedang menyiasat mengenai satu laporan polis orang hilang dibuat pada Jun tahun lalu yang mungkin ada kaitan dengan kemalangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tengkorak dan rangka manusia itu dihantar ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Astro Awani

Advertisment

Topik Hangat

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Penggunaan Nama Perdana Menteri Perlu Ikut Kad Pengenalan – PMO

KUALA LUMPUR - Semua dokumen rasmi berkaitan nama Perdana Menteri kini perlu menggunakan nama aslinya seperti yang tertera pada kad pengenalan iaitu Mahiaddin Md...

Berita Berkaitan

Hisham mohon Mesir suntik vaksin kepada 8,000 penuntut Malaysia

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rakan sejawatannya, Sameh Hassan Shoukry secara positif menerima permintaannya untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kira-kira 8,000...

“14 hari” taktik baru kluster mahkamah ugut kerajaan – Bersatu

  KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman menganggap tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 14 hari...

Timbang semula kedudukan UMNO dalam kerajaan kalau PM gagal buka Parlimen segera – Pemuda UMNO Kedah

  KUALA LUMPUR - UMNO perlu meneliti semula kedudukan parti itu sebagai pendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal...