Timbalan KM Sarawak Mahu Tembok, Pagar Dibina Di Sempadan Malaysia-Indonesia

- Advertisement -

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri II Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu tembok ataupun pagar dibina di kawasan-kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing ke dalam negeri ini.

Beliau berkata Sarawak juga mencadangkan supaya sebuah lebuh raya sepanjang 1,032km di sempadan dibina dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Biawak di selatan negeri ini sehingga ke Lawas, daerah paling utara yang dianggarkan menelan kos RM24 bilion.

“Mengenai pembinaan tembok dan pagar, Sarawak memerlukan bantuan Putrajaya (Kerajaan Persekutuan). Lagipun kami bukan hanya melindungi kawasan Sarawak tetapi tanah Malaysia juga,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada Bernama.

Beliau berkata dalam lawatannya ke Telok Melano baru-baru ini, satu kawasan sempadan di hujung selatan Sarawak, beliau dapat melihat sebuah kampung, sebatang jalan di bina Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan satu jalan tikus berhampiran sempadan.

“Tidak kurang daripada 70 laluan sedemikian dari Telok Melano ke Lawas. Ia adalah satu cabaran bagi kami,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat