Beri polis ruang siasat secara terperinci kes bunuh Zayn Rayyan – KPN

- Advertisement -

PETALING JAYA – Masyarakat diminta memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan terperinci dalam kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kes itu dilakukan secara menyeluruh.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan tidak akan berputus asa untuk mengesan petunjuk serta bukti baharu sehingga tertangkapnya penjenayah itu.

“Kita berharap polis diberi ruang untuk mengumpul bukti atau maklumat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini

Hari ini masuk hari ke-13, polis giat menjalankan siasatan mencari bukti pembunuhan Zayn Rayyan, bahkan ketika ini sebuah kereta unit peronda polis (MPV) melakukan rondaan secara berkala di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat