Teater Muzikal Upin Ipin tarik 3,000 penonton ‘berbayar’ di Singapura

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Syarikat Les’ Copaque Production menempa sejarah dengan mementaskan Teater Muzikal Upin Ipin di Stadium Tertutup Singapura yang berjaya menarik peminat berbayar kira-kira 3,000 penonton, semalam.

Menurut Pengarah Urusannya, Burhanuddin Radzi, ia suatu pencapaian cukup membanggakan kerana menjadi pementasan julung kali dari Malaysia dalam bidang kreatif yang berjaya dieksport.

“Ini membuka lembaran baharu dalam industri kreatif negara. Produk kreatif ini dijangka akan dapat dieksport ke beberapa negara lagi seperti Indonesia, Brunei, Asia Barat dan kemungkinan besar ke London.

“Dengan mengeksport produk tempatan, ia dapat mengharumkan nama Malaysia di bidang animasi. Sememangnya Upin Ipin mempunyai peminat cukup besar di seluruh dunia dan tidak hairan pementasan teater ini mendapat sambutan hebat,” katanya.

Di samping menghasilkan produk bertaraf global, Les’ Copaque Production juga sudah menyusun pelbagai perancangan besar pada tahun depan.

Ia termasuk teruskan pementasan animasi itu di negara jiran, selain pembinaan taman temanya.

“Kami akan memulakan pembikinan dua filem animasi dan menghabiskan siri Upin Ipin untuk tahun ini. Tahun depan, Aidilfitri disambut lebih awal dan persediaan untuk menghasilkan episod sempena bulan puasa dan Hari Raya juga sudah bermula.

“Selain itu, kami akan memulakan perancangan untuk menerbitkan teater Upin Ipin di Indonesia sekitar pertengahan tahun, iaitu April atau Jun. Kami juga akan memulakan kerja-kerja perancangan taman tema Upin Ipin di Selangor,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat