Tanah Runtuh: Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi Zahir Ucapan Takziah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Jalan Genting Highland-Batang Kali, Hulu Selangor, Jumaat lalu, lapor Utusan Online.

Memetik laporan itu, dalam satu perutusan yang disiarkan Kementerian Luar Arab Saudi, baginda turut berkenan menzahirkan ucapan sama kepada mangsa, keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia atas dukacita yang melanda negara.

“Kami berdoa semoga Allah mengurniakan rasa sabar dan ketabahan kepada ahli keluarga mangsa, yang cedera segera sembuh dan ditemukan mangsa yang masih hilang.

“Kami juga berdoa semoga rakyat Malaysia dipelihara daripada segala musibah,” titah baginda.

Sementara itu, ucapan sama turut dizahirkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, kata laporan itu lagi.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh di Selangor, yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan masih ada yang hilang.

“Salam takziah kepada semua,” kata Mohammed Salman.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan penyelamat kini mengejar masa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki sembilan lagi mangsa yang tertimbus di tapak perkhemahan Vather’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor.

Dalam insiden pada awal pagi Jumaat lalu, seramai 94 orang dikesan berada di tapak perkhemahan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat