Tanah Runtuh: Pengarah Bomba Selangor Diserang Strok Akibat Keletihan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke hospital selepas diserang ‘minor stroke’ atau strok ringan akibat keletihan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerak Operasi JBPM Selangor pada Isnin, beliau dimasukkan ke Hospital Selayang pada jam 6 petang.

“Keadaan Datuk terkawal dan masih sedar diri,” kata kenyataan itu.

Jelas JBPM lagi, setakat ini, operasi untuk mencari baki sembilan mangsa yang tertimbus dalam tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali masih diteruskan.

JBPM dalam masa sama turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Norazam kembali pulih dan diberikan kesembuhan segera.

Beliau antara individu yang terlibat aktif dalam penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi yang mengorbankan 24 mangsa setakat ini. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat