Elak kawasan berisiko tinggi, waspada monsun-PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berwaspada dan mengelakkan kawasan berisiko tinggi, sepanjang musim tengkujuh dan monsun ketika ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diarah untuk memantau dan mempertingkat keselamatan di tapak peranginan di negeri masing-masing.

“Jabatan Metereologi (MetMalaysia) memaklumkan mengenai Monsun Timur Laut 2022/2023 dan hujan berterusan dijangka akan berlaku di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah, bermula pada 17 Disember 2022 yang lalu,” katanya ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ketika membentangkan usul berkenaan, Anwar turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA dan juga pasukan khas lain khususnya dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Selain itu, Anwar berkata, penghargaan juga diberikan kepada agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kerajaan Selangor dan Telekom Malaysia.

“Hampir 700 anggota daripada 16 agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat serta pengurusan lain di tempat kejadian, sebaik sahaja pos kawalan tempat kejadian dibuka hingga ke hari ini,” katanya.

Situasi banjir di negeri pantai timur ketika ini semakin buruk, sementara di Pahang, sehingga tengah hari ini, seramai 561 mangsa banjir daripada 138 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuantan dan Raub.

Keadaan banjir di Terengganu pula menyaksikan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS mencecah sudah 11,059 orang setakat jam 6 pagi tadi, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat