Sultan Selangor, Tun M Antara Kenamaan Ziarah Tun Rahah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan bekas Perdana Tun Mahathir Mohamad antara kenamaan yang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Sultan Selangor yang diiringi Tengku Pemaisuri Selangor Tengku Pemaisuri Norashikin tiba di Masjid Ar-Rahah pada jam 9.15 pagi tadi.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Dato Seri Mukhriz Mahathir juga kelihatan hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allayarhamah Tun Rahah pada jam 9.05 pagi.

Tun Rahah, 87, yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri ke-2 Tun Abd Razak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur ketika menerima rawatan semalam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat