Jalan Tun Hjh Rahah Akan Diwujudkan – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akan mencadangkan Jalan Eaton ditukar kepada Jalan Tun Hjh Rahah bagi memperingati Serikandi Negara yang banyak berjasa kepada negara.

Annuar berkata demikian selepas selesai majlis pengkebumian Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah sebentar tadi.

“Selesai solat jenazah dan pengkebumian Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah,

“Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya,

“Saya akan mencadangkan Jalan Eaton di mana terletaknya kediaman Almarhumah, mungkin kita boleh namakan sebagai Jalan Tun Hjh Rahah…wallahuaklam,” katanya melalui ciapan twitter beliau.

Terdahulu, Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, balu kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein selamat disemadikan dan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, kira-kira 3.30 petang ini.

Jenazah Tun Rahah, 87, disemadikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah Mohamed Noah, balu kepada Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn, yang meninggal dunia pada 4 Okt 2014. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat