Masalah projek air Sabah bukan salah Bung Moktar tapi kegagalan GRS mengurus – Umno Sabah

KUALA LUMPUR- Umno Sabah menyanggah dakwaan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali yang negeri itu ‘hilang dua tahun’ akibat kegagalan Datuk Seri Bung Moktar Radin sewaktu mengetuai Kementerian Kerja Raya Sabah.

Menurut Ketua Penerangan Suhaimi Nasir dalam kenyataan, masalah projek air dibangkitkan Armizan bukan disebabkan Bung sebaliknya daripada isu sistemik dan kelemahan pentadbiran negeri.

Suhaimi juga turut mendakwa, birokrasi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang rumit, proses perolehan berlapis serta kelemahan penyelarasan dengan Kerajaan Persekutuan sudah lama menjejaskan projek kritikal.

“Masalah itu tidak berpunca daripada seorang menteri, tetapi daripada kegagalan kepimpinan utama GRS mengurus kerajaan gabungan dengan efektif,” katanya sambil mendakwa kritikan Armizan sebagai cubaan menutup kelemahan GRS.

Semalam, Armizan yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS menepis dakwaan berulang kali Bung Moktar yang gabungan itu kerajaan gagal, sebaliknya menyatakan bekas Timbalan Ketua Menteri itu sendiri sebenarnya ‘paling gagal’ sepanjang tempohnya di Kementerian Kerja Raya negeri.

Armizan berkata, Bung Moktar yang digugurkan daripada Kabinet Datuk Seri Hajiji Noor susulan rampasan kuasa yang gagal pada 2023, terbukti tidak mampu menyelesaikan masalah air Sabah.

Menurutnya, sepanjang dua tahun Ketua Umno Sabah itu memegang jawatan, beliau langsung tidak melancarkan sebarang projek utama bagi memastikan bekalan air konsisten di kawasan seperti Tawau.

Malah, pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 dan kerja menaik taraf di Loji Rawatan Air Kogopon di Papar hanya dimulakan selepas Bung tidak lagi berada dalam kerajaan negeri.

Menjawab dakwaan Armizan bahawa BN gagal menawarkan penyelesaian, Suhaimi berkata gabungan itu sudah menyenaraikan rancangan konkrit, termasuk:

*Mekanisme fast-track untuk projek air supaya reka bentuk, tender dan kelulusan siap dalam 12–18 bulan, bukan bertahun-tahun seperti bawah GRS.

*Penubuhan Project Delivery Unit (PDU) bawah Ketua Menteri bagi memantau tender, pembiayaan dan isu tanah projek strategik.

*Reformasi SESB dan grid elektrik, termasuk penyusunan semula lembaga pengarah SESB berdasarkan kepakaran teknikal serta pelaburan grid jangka panjang seperti Southern Link.

Beliau berkata, dengan kuasa kawal selia elektrik yang sudah dipindahkan kepada Sabah sejak Januari 2024, BN bersedia menstabilkan bekalan dalam tempoh lima hingga lapan tahun.

“Rakyat boleh nilai siapa ada solusi, siapa hanya berslogan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat