HONOR Malaysia memilih pendekatan yang lebih agresif untuk pelancaran HONOR Magic8 Pro dengan menawarkan hadiah pra-tempahan yang jarang diberikan dalam industri: kamera aksi premium Insta360 Ace Pro secara percuma. Tawaran ini sekali gus menjadikan Magic8 Pro antara telefon flagship paling menarik untuk dipra-tempah tahun ini, terutama bagi pengguna yang aktif menghasilkan kandungan.
Insta360 Ace Pro bukan peranti sembarangan. Kamera aksi ini berada dalam kategori flagship, terkenal dengan keupayaan rakaman 4K berkualiti tinggi, kestabilan imej yang mantap, serta ciri rakaman pintar yang amat digemari pencipta kandungan dan pengembara.
Dengan memasukkan Ace Pro sebagai hadiah eksklusif, HONOR bukan sahaja menambah nilai pra-tempahan, malah menjadikan pakej Magic8 Pro sesuai untuk pengguna yang mahukan peranti pengimejan dalam dan luar studio.
Dalam pasaran yang sering menawarkan hadiah seperti sarung telefon, pengecas atau jam pintar, pemberian kamera aksi pro-level bernilai tinggi ini menandakan strategi yang lebih agresif daripada HONOR untuk menarik pembeli premium.

Tawaran unik ini jelas mengisyaratkan bahawa HONOR mensasarkan kelompok pengguna yang semakin bertambah pencipta kandungan video, vlogger, dan pengguna media sosial yang mahukan sistem pengimejan menyeluruh.
Magic8 Pro dijangka hadir dengan teknologi kamera yang dipertingkat seperti Telefoto Malam Ultra 200MP, manakala Ace Pro bertindak sebagai pelengkap untuk rakaman aksi, outdoor atau senario ekstrem yang sukar dicapai hanya dengan telefon.
Gabungan kedua-dua peranti ini mencipta ekosistem lengkap: telefon flagship untuk rakaman harian, potret dan malam; kamera aksi untuk aktiviti yang memerlukan sudut unik dan ketahanan tinggi.
Pemberian hadiah bernilai besar secara percuma biasanya lebih sinonim dengan musim perayaan atau penjenamaan semula besar-besaran. Namun HONOR memilih untuk menggunakannya sebagai pemacu utama pelancaran Magic8 Pro.
Ini memberi gambaran bahawa HONOR ingin meningkatkan daya tarikan dalam kategori flagship, sekaligus bersaing lebih agresif dengan jenama yang sudah lama berada di puncak pasaran.
Dengan pengguna kini lebih cenderung mencari nilai tambah, bukan sekadar spesifikasi, strategi ini berpotensi meningkatkan jumlah pra-tempahan secara signifikan.
HONOR Magic8 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 27 November jam 3 petang melalui siaran langsung di Facebook dan YouTube HONOR Malaysia. Pada acara itu, syarikat akan mendedahkan harga rasmi, perincian penuh sistem kamera dan butiran lengkap pakej pra-tempahan.
Pelanggan yang membuat pra-tempahan awal berpeluang menerima satu unit Insta360 Ace Pro secara percuma selagi stok masih ada, menjadikan pendaftaran awal sebagai langkah paling bijak bagi yang berminat.
Tawaran pra-tempahan HONOR Magic8 Pro kali ini bukan sekadar promosi tambahan, tetapi strategi yang menyatukan pengimejan telefon pintar dan kamera aksi dalam satu ekosistem. Nilai hadiah yang tinggi serta kesesuaian dengan keperluan kreator moden menjadikan Magic8 Pro antara flagship paling berbaloi untuk dinantikan pada hujung 2025.



