Calon baru tak terlibat kegagalan Kerajaan Sabah lama, parti nasional lonjak potensi orang Sabah jadi pemimpin besar

KOTA KINABALU – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Kawang Datuk Jamal Nerubi yakin dengan tawaran partinya untuk penyelesaian masalah tiga serangkai – air, elektrik dan jalan yang sekian lama membelenggu Sabah.

Tegas Ketua Umno Bahagian Papar itu, sebagai calon muka baru masalah tiga serangkai ini sudah menghantui Sabah sejak 30 tahun lampau dan selaku pemimpin baharu beliau tidak terlibat dengan kegagalan sistem pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

“Tawaran BN kepada rakyat Sabah adalah penyelesaian masalah tiga serangkai.

“Kita BN akan menyelesaikan tiga serangkai iaitu masalah air, elektrik dan jalan raya, ini perkara asas dalam mana-mana kawasan yang kita perlu selesaikan dan ianya berlanjutan hingga sekarang dan banyak pihak nyatakan masalah ini berlaku sejak 30 tahun lepas.

“Tapi sebagai pemimpin baru saya tidak tidak terlibat sebenarnya dalam sistem pentadbiran sejak 30 tahun yang lalu dan anggota Kabinet yang lalu 30 tahun kita tahu berada dalam kerajaan yang ada sekarang,” katanya dalam podcast SuaraTV.

Sementara itu ditanya adakah naratif slogan parti lokal, Sabah for Sabahan, Sabah First memberi kesan kepada beliau dan calon -calon BN lain Jamal menyanggahnya.

“Saya rasa tidak, kerana Sabah perlukan parti nasional sebenarnya.

“Jadi ertinya kalau kita berada dalam parti nasional peluang orang di Sabah yang ada potensi untuk menjadi pemimpin besar. Mereka mesti berada dalam parti nasional.

“Kalau mereka cuma parti lokal peluang mereka paling tinggi pun boleh menjadi Ketua Menteri saja,” ujar beliau.

Kata Jamal isu parti lokal hanya berbunyi setiap 5 tahun sekali saja.

“BN bukan parti baru. Isu parti lokal ni bunyi 5 tahun sekali saja,” kata Jamal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat