Bersatu Selangor buat lantikan baharu kepimpinan negeri

KUALA LUMPUR – Bersatu Selangor membuat lantikan empat jawatan utama kepimpinan negeri bagi memainkan peranan untuk terus menjuarai agenda rakyat.

Ketua Bersatu Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, lantikan itu, selaras dengan Fasal 16.5 Perlembagaan Bersatu lantikan bagi jawatan-jawatan utama dalam kepimpinan negeri iaitu Setiausaha BPN Selangor Rosnizan Ahmad (Ketua Bahagian Kuala Langat); Jumiah Jonet (Ketua Bahagian Kapar) sebagai Bendahari BPN Selangor dan juga Wan Dzahanurin Ahmad (Ketua Bahagian Kota Raja) sebagai Ketua Penerangan BPN Selangor.

Menurut Azmin lagi, Bersatu Selangor juga komited untuk memperhebat program penerangan dan komunikasi kepada rakyat bagi menyampaikan aspirasi dan idealisme perjuangan.

“Bagi merealisasikan matlamat ini, saya juga melantik Datuk Noorazley Yahya sebagai Pengarah Komunikasi dan Strategi Media Baru,” katanya.

Jelas beliau lagi, Bersatu akan terus memperkukuhkan organisasi dan kepimpinan bagi menjana dukungan rakyat negeri Selangor.

“Persidangan Dewan Negeri Selangor yang sedang berlangsung juga membuktikan bahawa rakyat mendambakan peranan Bersatu untuk terus menjuarai agenda rakyat.

“Bersatu Selangor yakin, barisan kepimpinan baharu ini akan membawa semangat segar dalam memperkukuh jentera parti, memperhebatkan usaha mendekati rakyat, dan memperkasa mesej perjuangan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sebagai wadah politik rakyat,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat