PRU15: Pengundian Parlimen Baram Digantung Akibat Faktor Cuaca

- Advertisement -

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, keputusan pengundian di 11 Pusat Mengundi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Baram digantung.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, keputusan itu dibuat ekoran keadaan cuaca yang kurang memuaskan hingga menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Sebelas senarai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi Saluran yang terlibat rata-rata terdiri daripada saluran satu dan dua.

Parlimen Baram di Sarawak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak, Anyi Ngau, Roland Engan (PH) dan Wilfredentika (Bebas).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, Parlimen P.220 itu dimenangi Anyi dengan majoriti sebanyak 1,990 undi mengalahkan Roland (PKR) dengan 12,171 undi.

Di Baram seramai 59,535 pemilih yang berdaftar pada PRU-15, meningkat naik sebanyak 23,850 pengundi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat