Terima Rasuah Kes Judi, Bekas Hakim Dihukum Penjara Enam Bulan dan Denda RM25,000

- Advertisement -

SHAH ALAM – Seorang bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu dipenjara enam bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan menerima suapan RM5,000 ketika menjalankan prosiding kes judi, empat tahun lalu.

Hakim Rasyihah Ghazali turut memerintahkan Azmil Muntapha Abas, 48, menjalani tambahan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman sehingga notis rayuan difailkan selewat-lewatnya pada 21 Oktober depan dengan ikat jamin RM12,000.

Mengikut pertuduhan, Azmil semasa kejadian bertugas sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu telah memperoleh wang tunai sebanyak RM5,000 tanpa suatu balasan yang mana tertuduh ketahui mempunyai hubungan dalam suatu prosiding yang berkaitan dengan dirinya.

Prosiding itu adalah mengendalikan kes-kes jenayah bagi enam orang tertuduh yang telah melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) dengan menjatuhkan hukuman denda terhadap mereka semua.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Setia Alam 2 di sini pada 10 Mei 2018.

Sabit kesalahan boleh penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman.

Azmil sebelum ini adalah majistret bagi prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco Selangor ketika itu, Ean Yong Hian Wah, di dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2009.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai, Maziah Mohaide dan Mohd. Shahrom Idris manakala tertuduh diwakili Peguam Asmadi Hussin dan Azrul Zulkifli Stork.

Sepanjang prosiding bermula September 2021 hingga Ogos lalu melibatkan seramai 24 saksi pendakwaan manakala hanya satu saksi pembelaan iaitu tertuduh yang yang memberikan keterangannya kepada mahkamah. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat