Idris Haron Harap Dapat Tanding Guna Tiket PH Di PRN Melaka

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berkata beliau dan tiga lagi bekas Adun lain berharap dapat bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Memetik laporan Sinar, Idris berkata beliau tidak boleh terlalu memilih parti mana yang akan disertai sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan PH untuk mementukan kedudukannya dalam gabungan tersebut.

“Sebab dalam 15 orang ini kami ada satu gabungan (PH), empat campur 11 dah membentuk majoriti merupakan satu semangat kami dukung.

“Jadi saya cuma menaruh harapan kepada PH. Masuk mana-mana parti? Saya tidak tahu, saya masih tidak membuat sebarang keputusan dan saya yakin memerlukan lebih masa untuk memikirkan,” ujarnya.

Jelas Idris, ketika ini keempat-empat mereka yang bertindak menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka sehingga terbubarnya DUN pada 4 Oktober lalu, akur dengan sebarang keputusan dibuat.

“Jadi kita serahkan nasib kita kepada mereka (pucuk pimpinan PH) dan kita tak mahu dipandang seperti melukut, masuk tak menambah keluar tak meluak.

“Kita ada budaya, kita tak boleh memilih… maksud saya biar PH memikirkan nasib kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat